Lesen ini terikat kepada nama dan e-mel pembeli
Setiap pesanan memberikan lesen peribadi, terhad, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik kepada pembeli yang dinamakan.
Pesanan UASA baharu dibekalkan sebagai PDF sahaja. Kebenaran mengedit untuk kegunaan sendiri tidak bermakna fail boleh sunting turut dibekalkan.
Cikgu boleh
- Mengedit kandungan untuk anak, kelas, murid dan konteks pembelajaran sendiri.
- Mencetak salinan yang munasabah untuk kegunaan anak atau kelas sendiri.
- Menyimpan salinan sandaran peribadi pada peranti atau storan peribadi yang selamat.
- Menggunakan lembaran latihan untuk pengajaran atau ulang kaji sendiri.
Cikgu tidak boleh
- Berkongsi fail produk (termasuk PDF), ZIP atau pautan muat turun dengan rakan, kumpulan sekolah atau orang awam.
- Memuat naik fail ke Google Drive awam, Telegram, WhatsApp, laman web atau repositori perkongsian.
- Menjual semula, memberikan sebagai bonus, menggabungkan dalam produk lain atau mengedar semula sebahagian besar kandungan.
- Mengganti identiti footer untuk melesenkan fail kepada orang lain.
Penggunaan seluruh sekolah
Lesen peribadi tidak meliputi semua guru dalam panitia atau sekolah. Hubungi salam@gurucool.my jika sekolah memerlukan lesen berbilang guru.
Hak cipta
Pembelian memberikan hak menggunakan fail, bukan pemilikan hak cipta. Kandungan asal, struktur dan reka bentuk kekal milik pemegang hak masing-masing. Pelanggaran lesen boleh menyebabkan akses ditamatkan dan tindakan lanjut yang dibenarkan undang-undang.